Ahad, 30 Oktober 2011

Final exam da dkat............

Exam...oooOOOOOO..eXaM..wish for Me and U..


Salam too all

alhamdulillah dah nak masuk hujung tahun pun...huhu..ialah dah bulan november..time2 budak - budak sekolah periksa...termasuk lh adik sY yg bongsu tuu..tak sangka cepat betul adik  dah beso dah nak ambik SPM dah..huuu..boleh plk budak itu wish sY dulu..hihi mentang2 lh exam dia seminggu selepas sY....tak sedo diri dia nak ambik exam beso tuu blh plk dia membebel kat sY..hehehehe


sY tak tahu nak tulis pasal apa untuk entri kali ini...i don't have idea..but just boleh merapu2...huhu time2 exam ni sibuk lah masing pegang buku, nota dan peta2 minda..selalunya pengang mukabuku je kan2...hehehe..termasuk lh sY...iaaa bhs pun dah tongang terbalik ni sebab mood sY pun pun sama...heheheh


sebelum itu sY mohon maaf atas sebarang ketelanjuran kata, tatasusilah..jika ada salah dan silap mohon kemaafan kepada teman yg sentiasa berada disamping ini....kerana Sy hanyalah insan yg tidak sempurna...kerana kedaifan aq memahami keadaan sekeliling..mohon kemaafan sekali ini...serta jika termakan dan terminum yg tidak disengajakan atau sengaja mohon halalkan..dan jika ada yg mohon menuntu utang silakan sY sedia menanti untuk membayarkan...buat teman sY sama ada memberi atau menerima aq sedia untuk menghalakan..agar kebaikan yg diberi membawa manfat kepada kita semua...

jangan emo dan stress masa exam...jaga kesihatan...hehehehe


  
too all my dear friend i wish u good luck for your exam ..



Sy akan buat yang baik untuk yg terbaik..wish me luck k..


Tragedi seorang kanak-kanak digilis dan dibiarkan



Ini satu lagi tragedi Ymenyedihkan untuk tahun ini..tetapi??????????

Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?

Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.
Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?
Jom kita baca...


"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...
Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.
HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?
PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...
Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?
Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.
Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...
Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !

JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~
So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.

Kenangan Banjir di Jitra kEdah



Pekan Kepala Batas menjadi lautan banjir pertama kali dalam sejarah


Pada ujung tahun lepas ,Allah uji kita dengan macam2 ujian. Tapi seberat2 ujian yang Allah bagi kat kita, berat lagi ujian yang Allah bagi kat rakyat Indonesia. Tsunami dan letusan gunung berapi berlaku serentak. Sampai sekarang pun gunung berapi masih meletus lagi. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Semoga Allah memberikan mereka ketabahan dalam mengharungi bencana ini.

Ketika sY di utara tanahair di uji dengan banjir besar. Banjir kali ni agak teruk jugak la berbanding 5 tahun lepas. Kali ni tempat2 yang tak pernah kena banjir pun habis tenggelam. Berhari2 rumah2 di kawasan Jitra, Titi Gajah, Kepala Batas, Changlun, Wang Tepus, Bukit Tinggi, Bukit Pinang, Pokok Sena, Kuala Nerang, Derang, Hutan Kampung, Anak Bukit, Mentaloon, Alor Merah, Alor Setar, Kuala Sungai, Kubang Rotan, Sg. Baru, Jalan Gunung Keriang, Alor Janggus, Pantai Johor dan banyak lagi tenggelam.

Ini la pegalaman sY y pertama terlibat dengan banjir besar sepanjang 22 tahun sY hidup didalam dunia ini. Ketika banjir besar ini melanda sY masih bergelar student di Politeknik Sultan Abdul Halim MU'Adzam Shah Jitra kedah. Ketika banjir ini melanda,sY beserta kawan-kawan sY sibuk mengulangkaji pelajaran kerana igin menghadapi Final exam kami Y terakhir di Poli ini.

Sy dapat tengok sendiri, dapat rasa redah banjir, masya'Allah rasa simpati sangat2 kat mangsa2 banjir. Dah la rumah tenggelam. Barang2 rosak. Ada yang terpaksa bermalam bawah khemah yang didirikan di atas divider saja. Masak kat situ, makan kat situ. Nak membuang hajat? Wallahua'alam. Mandi? Tiada bekalan air bersih. Yang dapat berlindung kat pusat pemindahan, mungkin agak mudah dapat bantuan dan makanan. Yang tak dapat berpindah? Ya Allah, betapa susah dan seksanya kami diuji sebegitu rupa.

Banjir di Jitra bermula sejak Selasa (2/11/2010).Tapi hujan tak berhenti 2 hari sejak hari Ahad. Bila hujan dah berhenti hari Selasa tu, banjir pun bermula dan kembali reda hari ni, Selasa (9/11/2010). 

Jalan dari rumah kami di Bandar Darulaman ke Pekan Jitra mula ditutup pagi Selasa seingat sY. Air naik kat depan Pasaraya Yawata. Malam tu dalam kul 12 malam, sY bersama kawan-kawan lalu dekat sungai, air dah penuh sama paras dengan jalan. Dalam pukul 1 air dah melimpah ke taman2 berhampiran. Dalam pukul 2 semua yang dilanda banjir dah mula berpindah. Pukul 3 pagi air di Taman Bunga Raya dan kawasan2 berhampiran termasuk Pekan Jitra dah tenggelam sampai pinggang orang dewasa. (Banjir 2005 air naik ke paras pinggang dalam masa 20 minit je). Kali ni air naik lambat tapi air datang sangat kuat, bergulung2.

Hari Rabu, semua jalan dari Jitra-Alor Setar ditutup. So, peperiksaan kami ditunda sehingga diberitahu kemudiannya.. 
Alangkah serem dan takutnya kami berada disituasi itu .Bermacam-macam perasaan y timbul dibenak fikiran ini.Dimana sibuk untuk menghadapi peperiksaan,kami diuji dengan kejadian ini.
sesungguhnya semua y berlaku ini adalah satu ujian dan pengajaran y bermakna buat diri sY dan juga kawan-kawan sY.

Rumah Y dinaiki Air..........
Pekan Jitra
Perkarangan Pekan Jitra y dinaiki Air

tak sempat nak berbuat apa-apa

Harta benda yang musnah dilanda Bnjir

kuasa Allah tak ada sapa boleh menduga

Sesungguhnya inilah kuasa ALLAH swt yang maha berkuasa...


Isnin, 10 Oktober 2011

a little bit about me..

my apY familY

sY efa, berasal drpd sereban n9.sY merupakan anak ke  3 drpd 4 org adeq -bradeq.sY mendapat pendidikan awl di sekolah Rendah Kebangsaan King George V seremban.Bersekolah menengah di SEkolah Menengah Kebangsaan Seri Anpangan Seremban.sY seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Sijil Kejuruteeraan Perkhidmatan Bangunan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.sY seterusnya mengambil Diploma di dalam bidang yang sama di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra kedah.Kini sY melanjutkan pula pengajian sY keperingkat y lebih tinggi dalam jurusan Bachelor Of Engineering Technology (HONS) in Business Management di UNIKL IPROM cheras Kuala Lumpur.

at POLISAS

at POLIMAS

at UNIKL IPROM
                       its mE!

Name              =  Wan Nur Aiffa Binti Wan Zulkiflee
Age                 =  23 Years Old
Birth Of Date   =  09/december/1988