
Pekan Kepala Batas menjadi lautan banjir pertama kali dalam sejarah
Pada ujung tahun lepas ,Allah uji kita dengan macam2 ujian. Tapi seberat2 ujian yang Allah bagi kat kita, berat lagi ujian yang Allah bagi kat rakyat Indonesia. Tsunami dan letusan gunung berapi berlaku serentak. Sampai sekarang pun gunung berapi masih meletus lagi. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Semoga Allah memberikan mereka ketabahan dalam mengharungi bencana ini.
Ketika sY di utara tanahair di uji dengan banjir besar. Banjir kali ni agak teruk jugak la berbanding 5 tahun lepas. Kali ni tempat2 yang tak pernah kena banjir pun habis tenggelam. Berhari2 rumah2 di kawasan Jitra, Titi Gajah, Kepala Batas, Changlun, Wang Tepus, Bukit Tinggi, Bukit Pinang, Pokok Sena, Kuala Nerang, Derang, Hutan Kampung, Anak Bukit, Mentaloon, Alor Merah, Alor Setar, Kuala Sungai, Kubang Rotan, Sg. Baru, Jalan Gunung Keriang, Alor Janggus, Pantai Johor dan banyak lagi tenggelam.
Ini la pegalaman sY y pertama terlibat dengan banjir besar sepanjang 22 tahun sY hidup didalam dunia ini. Ketika banjir besar ini melanda sY masih bergelar student di Politeknik Sultan Abdul Halim MU'Adzam Shah Jitra kedah. Ketika banjir ini melanda,sY beserta kawan-kawan sY sibuk mengulangkaji pelajaran kerana igin menghadapi Final exam kami Y terakhir di Poli ini.
Sy dapat tengok sendiri, dapat rasa redah banjir, masya'Allah rasa simpati sangat2 kat mangsa2 banjir. Dah la rumah tenggelam. Barang2 rosak. Ada yang terpaksa bermalam bawah khemah yang didirikan di atas divider saja. Masak kat situ, makan kat situ. Nak membuang hajat? Wallahua'alam. Mandi? Tiada bekalan air bersih. Yang dapat berlindung kat pusat pemindahan, mungkin agak mudah dapat bantuan dan makanan. Yang tak dapat berpindah? Ya Allah, betapa susah dan seksanya kami diuji sebegitu rupa.
Banjir di Jitra bermula sejak Selasa (2/11/2010).Tapi hujan tak berhenti 2 hari sejak hari Ahad. Bila hujan dah berhenti hari Selasa tu, banjir pun bermula dan kembali reda hari ni, Selasa (9/11/2010).
Jalan dari rumah kami di Bandar Darulaman ke Pekan Jitra mula ditutup pagi Selasa seingat sY. Air naik kat depan Pasaraya Yawata. Malam tu dalam kul 12 malam, sY bersama kawan-kawan lalu dekat sungai, air dah penuh sama paras dengan jalan. Dalam pukul 1 air dah melimpah ke taman2 berhampiran. Dalam pukul 2 semua yang dilanda banjir dah mula berpindah. Pukul 3 pagi air di Taman Bunga Raya dan kawasan2 berhampiran termasuk Pekan Jitra dah tenggelam sampai pinggang orang dewasa. (Banjir 2005 air naik ke paras pinggang dalam masa 20 minit je). Kali ni air naik lambat tapi air datang sangat kuat, bergulung2.
Hari Rabu, semua jalan dari Jitra-Alor Setar ditutup. So, peperiksaan kami ditunda sehingga diberitahu kemudiannya..
Alangkah serem dan takutnya kami berada disituasi itu .Bermacam-macam perasaan y timbul dibenak fikiran ini.Dimana sibuk untuk menghadapi peperiksaan,kami diuji dengan kejadian ini.
sesungguhnya semua y berlaku ini adalah satu ujian dan pengajaran y bermakna buat diri sY dan juga kawan-kawan sY.
Rumah Y dinaiki Air..........

Perkarangan Pekan Jitra y dinaiki Air

Harta benda yang musnah dilanda Bnjir

Sesungguhnya inilah kuasa ALLAH swt yang maha berkuasa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan